PERUTUSAN PENGARAH





PERUTUSAN PENGARAH JPP SABAH



Pertama kali saya ingin merakamkan rasa syukur, tahniah dan syabas kepada warga JPP Sabah atas pelancaran Laman Sesawang Rasmi JPP Sabah ini dengan jayanya. Laman ini merupakan salah satu medium bagi menghubungkan dan memperkenalkan JPP Sabah kepada semua warga JPP, pihak berkepentingan khususnya di Wilayah Sabah. Laman Sesawang ini juga diharap dapat membantu dalam memudahkan penyampaian maklumat penting berkenaan fungsian dan perkhidmatan pembetungan diakses dengan mudah serta aduan daripada pengguna dapat disalurkan kepada jabatan ini dengan tepat dan cepat.

Keadaan sistem pembetungan di Wilayah Sabah ini masih lagi ditahap yang tidak memberangsangkan, dikesempatan ini saya ingin menyeru kepada semua pengguna pembetungan supaya berkerjasama dengan JPP Sabah dalam pemuliharaan dan penjagaan aset pembetungan seperti pam stesen, loji rawatan kumbahan, paip dan lurang pembetungan. Hentikan vandalisme seperti pembuangan sampah, minyak, lemak dan gris ke dalam sistem pembetungan. Sebagai pengguna sistem pembetungan kita tidak mahu kesumbatan dan limpahan kumbahan berlaku di tandas, di lurang dan paip pembetungan. Kita mestilah berubah menjadi pengguna yang bertanggungjawab, berdisiplin dan akhirnya layak dipanggil pengguna yang berminda kelas pertama. Bersama-samalah kita menjadi pengguna yang peka terhadap kebersihan persekitaran, sumber air dan mengutamakan kesihatan awam.

Sekian dan terima kasih.